Thursday, May 29, 2008

Biasiswa JPA untuk bukan bumiputera kini 45%!!!

Aku terkejut bila baca tajuk ni kat Utusan Malaysia Online. Nampaknya keadaan flip-flop semakin ketara di dalam kerajaan PM yang kita sanjung lagi junjung, Pak Lah!! Mungkin kerisauan tentang "snap poll" yang akan mungkin akan dijalankan akan datang dah membawa kepada tindakan seperti ini.

Bagi aku, ni bukan satu tindakan bijak untuk meningkatkan daya saing anak Melayu@Bumiputera di arena antarabangsa, kerana kuota sebelum ini adalah 90:10 antara bumiputera dan bukan bumiputera, sekarang dah jadi 55:45! Bagi aku, tindakan drastik seperti ini bukannya bagus untuk memajukan anak bumiputera, tetapi ianya memerlukan satu tindakan yang sistematik sahaja.

Pertama sekali, dari segi pemberian biasiswa ini, kita mungkin boleh melaksanakan satu had pendapatan isi rumah sesuatu keluarga. Mungkin pelajar dengan pendapatan isi rumah melebihi RM5000 sebagai contoh, memerlukan keputusan yang lebih tinggi untuk memohon, atau penglibatan lebih aktif dalam bidang kokurikulum.

Mungkin tindakan seperti ini tidak berani untuk dilakukan oleh "kabinet reformasi" kita ini, kerana masing-masing menteri mahu anak-anak ditaja ke UK, Ireland, mahupun New Zealand. Kita lihatlah, apa yang mampu dilakukan "kabinet reformasi" ini. "Time is Running Out", kata Muse. Hari perisytiharan Malaysia pun tidak lama lagi. Jika kabinet ini mampu untuk mengorbankan biasiswa untuk anak mereka, mungkin nama menteri-menteri ini akan dikenang dan tetap disanjung walaupun apabila Pakatan Rakyat mendapat kuasa satu hari nanti.

Itu hanya buah fikiran daripada saya, yang sungguh tidak seberapa. Harap diambil berat dan diberi pertimbangan oleh pihak "kabinet reformasi". Terima kasih.

No comments: