Aku nak cadangkan satu cara untuk korang jimat duit bila jalan-jalan dengan kawan-kawan atau family dekat KL especially. Mesti korang rimas dengan tol, especially sape-sape yg stay kat Mahkota Cheras yang dah ditutup jalannya dengan konkrit, macam kat Palestin. Kami amat bersimpati. Mesti jugak ada yg rimas nk bayar parking, lebih lagi bila tengok kereta dah tenggelam masa banjir kat KL. Lepas tu, ada jugak yang risau pasal minyak yang dikatakan nak naik harga 1 Jun ni. Najib juga menggeletar, minta rakyat jangan panik, kerana kemungkinan untuk naik harga tetap ada, malah makin merisaukan.
Kepada sesiapa yang keretanya ada kad Touch N'Go untuk bayar tol, tinggal saja kereta tu dan cari mana-mana bas merah-biru RapidKL yang kurang rapid tu. Bila bas sampai, Insya Allah pemandu bas akan tersenyum, kerana mereka tidak perlu lagi mogok lepas ni. Sebab gaji takkan ditolak lagi sebab short duit. Scan kad Touch N'Go korang tu, n biasanya pemandu akan guide kalau ada masalah. Before that, make sure yang korang ada baki kad yang cukup untuk naik, sekurang-kurangnya RM2 untuk naik bas Utama (U).
Baki kad akan ditolak, macam mana kita bayar tol tu la. Kalau nak lebih jimat, gunakan semua perkhidmatan yang disediakan RapidKL macam bas-bas lain seperti bas bandaraya (B), bas tempatan (T), dan bas ekspres (E). Aku galakkan korang gunakan LRT sebab ketepatan masanya ialah 99% berbanding bas yang tak berapa tepat masa, dan ikut keadaan trafik. Lagipun, LRT hubungkan tempat-tempat yang jadi tumpuan di kawasan bandaraya. Contohnya KLCC, Amcorp Mall, Sogo, Pertama Complex. Akan datang, Insya Allah ada laluan akan dibina ke Mid Valley dari LRT Abdullah Hukum dan juga Monorail akan sertai RapidKL dan dapat cover kawasan Bukit Bintang, yang ada Pavilion, Times Square, Sungei Wang n Lot 10.
Tentang tu aku harap korang dapat bersabar, sebab RapidKL ni ada banyak kerja untuk dilakukan, dan diorang memang buat kerja bersungguh-sungguh.
Ok, sambung balik cara jimat duit tu. Bila korang gunakan bas-bas dan LRT milik RapidKL ni dengan kad Touch N'Go, maximum deduction untuk hari tersebut ialah RM7. Aku kasi contoh la. Naik bas dari Subang Parade ke KLCC, then ke Sogo, lepas tu ke Tasik Titiwangsa, kemudian balik terus ke Subang Parade dengan gunakan kad Touch N'Go.
1) Bas T623 ke LRT Kelana Jaya- RM1.00 (Jumlah digunakan hari tersebut: RM1)
2)LRT dari Kelana Jaya ke KLCC-RM2.40 (Jumlah digunakan hari tersebut: RM3.40)
3)LRT dari KLCC ke Masjid Jamek, lepas tu ke stesen Bandaraya untuk ke Sogo-RM1.60+RM1.20=RM2.80 (Jumlah digunakan hari tersebut: RM6.20)
4)LRT dari Bandaraya ke Titiwangsa untuk ke Tasik Titiwangsa-RM1.20 (Jumlah digunakan hari tersebut-RM7.00 iaitu maximum deduction untuk penggunaan RapidKL dalam sehari)
5)Bas B114 dari Titiwangsa ke Tasik Titiwangsa-RM2.00 (Baki kad takkan berubah sebab dah guna RM7.00 untuk hari tersebut)
6)Bas B114 dari Titiwangsa ke KLCC-Tambang bas bandar dah dibayar.So, baki tak ditolak.
7)LRT dari KLCC ke Kelana Jaya-RM2.40, tapi baki tak ditolak sebab dah guna RM7 untuk hari yang sama.
Jadi, dengan gunakan Touch N'Go ni, kita dapat jimat duit dengan amat ketara..kan?
Tapi, korang kena ikut beberapa panduan dari aku yang dah biasa gunakan Touch N'Go untuk naik RapidKL ni..
-kalau alat imbas kad tak berfungsi, jangan naik bas tu, takut kena bayar tiket atau kena halau.
-satu kad untuk seorang pengguna sahaja.
-pastikan baki kad cukup sebelum guna. stesen LRT Ampang Line tak terima kad kita yang bakinya kurang dari RM2.80, kesilapan teknikal la tu..
-jangan gelabah kalau kad tak dapat scan, kita buat je macam kat tol, gerak-gerakkan kad tu sampai bunyi "teet-teet"
-pengguna bas dari Putrajaya tak digalakkan untuk guna kad Touch N'Go lagi (ni kata aku la) sebab banyak bas kat sana yang pengimbasnya rosak. Biar aku tengok dulu keadaan, kalau kerosakan pengimbas dah makin kurang, aku boleh la bagi cadangan untuk korang gunakan kad tu.
-aku tak suruh korang guna RapidKL setiap hari, sebab bas memang crowded n kadang-kadang sampai penuh, dah kena tunggu next bus. Just guna untuk jalan-jalan weekends or public holiday la, sebab pengguna bas tak la ramai sangat masa tu.
-jangan bawak air minuman, macam big gulp 7-11 ke, atau air gas dari KFC/McD untuk naik bas, takut driver tak kasi kita masuk je!!
So, kalau ada apa-apa yang korang tak puas hati dengan RapidKL, meh kat blog ni cite secara detail kat aku. Sebab aku kerap hantar email kat diorang, n diorang memang kasi respons yang bagus. kalau nak hantar email sendiri, ni email address diorang: suggest@rapidkl.com.my
Kalau nak lebih info, masuk website ni: www.rapidkl.com.my atau call je nombor diorang tu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment