Pengumuman daripada TPM kita, Najib Tun Razak tentang pemansuhan subsidi RapidKL mengejutkan aku. Aku tidak menyangka, seorang lelaki pilihan Tun Dr. Mahathir untuk menggantikan Pak Lah sebagai PM suatu hari nanti mempunyai pemikiran yang amat singkat, dan tidak prihatin dengan keadaan rakyat kebanyakan.
Tapi, aku punya idea tersendiri tentang sebab perkara ini berlaku, dan mungkin idea aku ni boleh digunapakai juga.
Pada tahun 2006, kita sangat bergembira apabila Najib mengumumkan tentang sambungan landasan LRT dari Kelana Jaya ke Subang Jaya. Kenaikan harga minyak pada masa itu, dikatakan RM4 bilion yang dapat dijimatkan daripada kenaikan harga minyak telah diperuntukkan untuk pengangkutan awam. Pada masa kita membenci Pak Lah kerana menaikkan harga minyak, kita ketika itu berbangga dengan Najib, kerana dapat melihat potensi pengangkutan awam untuk dikembangkan, terutamanya LRT.
Namun, baru-baru ini beliau mengumumkan bahawa subsidi RapidKL akan dimansuhkan, hanya kerana persaingan dengan syraikat bas lain. Apakah yang Najib fikirkan ya? Dia mahu kita beramai-ramai naik bas mini, bas Len Seng, atau mungkin ketakutan semasa menaiki Metrobus yang selalu memandu secara berbahaya? Kita juga dapat lihat perbezaan komitmen yang dimiliki oleh Najib ini. 2 tahun lalu, beliau seorang penyokong pengangkutan awam, namun kini bertukar kepada seorang yang tidak memikirkan nasib 1.3 juta rakyat yang menggunakan RapidKL setiap hari.
Pada aku, walaupun tak seberapa hebat, namun RapidKL telah membuatkan semakin ramai orang beralih kepada pengangkutan awam ini. Aku sendiri, 95% daripada perjalanan aku di sini menggunakan bas RapidKL. Aku merasakan sepatutnya subsidi untuk mereka bukannya dikurangkan, malah terus ditambah untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Aku tak faham, sepatutnya Najib perlu melihat kepada satu kejayaan RapidKL, iaitu berjaya mengelakkan daripada tambahan sebanyak 1.3 juta kenderaan di jalan raya KL (jika semua penggunanya berkemampuan untuk beli kereta).
Jika kita terus berikan subsidi untuk kenderaan persendirian, kerajaan juga yang akan menanggung beban. Pertama, perlu membina lebih banyak lebuh raya (ini mungkin boleh memberikan manfaat kepada Grand Saga, boleh letak konkrit di lebih banyak jalan, supaya semua orang perlu bayar tol). Kedua, masalah penggunaan minyak yang bertambah (Petronas dapat untung, tidak lupa pengusaha stesen minyak). Ketiga, kesesakan lalu lintas akan bertambah teruk (agensi pengiklanan boleh terus menambah billboard, mungkin yang lebih besar supaya dapat memperoleh manfaat daripada kesesakan). Keempat, lebih ramai orang yang lambat tiba ke tempat kerja (syarikat besar dapat menjimatkan perbelanjaan dengan mengurangkan jumlah pekerja, lebih-lebih lagi yang lambat tiba ke tempat kerja).
Bagi aku juga, ini satu usaha balas dendam Najib terhadap rakyat KL yang menolak BN dengan teruk pada pilihan raya lalu. Di samping itu, apabila RapidKL lingkup, nasib yang serupa akan terkena kepada RapidPenang. Dua syarikat ini, berada di dua negeri yang dikuasai pembangkang. Nampaknya, politik di negara kita terus menggunakan dasar balas dendam yang tak berkesudahan. Cara yang digunakan Najib ini, amatlah tidak matang, dan beliau tidak layak dipilih sebagai perdana menteri menggantikan Pak Lah. Insya Allah, kalau belum keluar lagi, aku nak keluarkan 50 dalil kenapa Najib tak layak jadi PM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment